October 31, 2014

bab 36 - berubah dan perubahan

Tidak akan ada satu manusia yang tidak berubah
Tidak bermaksud berubah secara menyeluruh
Tapi pasti akan ada satu perkara yang berubah
Jangan dihalang jika seseorang tu ingin berubah
Kemungkinan perubahan yang dia mahukan punya kebaikan
Jangan pinta diri yang dulu untuk kembali
Kerana perubahan yang dilakukan adalah kerana kehendak sendiri
Takkan ada yang memahami pada mulanya
Tapi jangan engkau mudah berputus asa
Kuatkan diri jadi berani
Agar engkau tidak akan terpijak lagi

Berubah bagi mengubah diri bukanlah kesalahan
Jangan engkau anggap itu satu bebanan
Satu perubahan itu perlu sebagai jaminan
Bagi engkau mudah peroleh kejayaan
Pastinya bukan berubah ke arah keburukan
Kebaikan dan keazaman yang membawa perubahan
Jangan pernah sesali akan hasil perbuatan
Kerana engkau hanya akan nampak kesan pada masa hadapan

Diri teguh dan pijak di bumi yang nyata
Buka mata dan lihatlah dunia
Apa perlunya engkau menjaga hati
Jika hati engkau yang hancur disakiti
Biar mereka terus mengata
Kerana mereka tidak sedar apa puncanya
Engkau berubah kerana ingin berjaya

October 27, 2014

bab 35 - gerak hati itu benar

Sudah lama aku tak mendengar cerita tentangnya
Aku lega kerana aku rasa dia takkan muncul lagi
Bukan niat aku nak putuskan persahabatan
Tapi antara kau dan dia takkan pernah ada nama sahabat
Hubungan yang lama takkan boleh dipadam begitu saja
Aku sedar, aku perhati dan aku dengar

Cuba untuk tidak berkata apa
Cuba untuk diamkan sahaja
Cuba untuk membenarkan apa jua perkara

Tapi gerak hati aku benar
Dia bukan hanya ingin menjadi sahabat
Dia mahu hidupkan kembali cerita lama
Cerita yang mana sebelum kau ada aku
Namun, kau pilih untuk tak percaya
Aku tak salahkan kau
Kau berhak untuk buat keputusan sebegitu

Sehinggalah kau saksikan dan rasakan sendiri
Apa yang aku maksudkan
Apa yang aku cuba sampaikan
Aku lega kerana aku tak perlu memaksa
Aku lega kerana kau nampak akhirnya

Jadi beringatlah selalu
Gerak hati seorang perempuan itu benar