June 11, 2012

bab 19 - kerja khusus

dua minggu dan kemudian, kami akan berhadapan dengan peperiksaan akhir
tempoh dua minggu terakhir amat perit buat kami
kerja-kerja khusus perlu dihantar dalam masa dua minggu yang diberikan
perseorangan mahu pun berkumpulan
kesemuanya perlu dihantar dalam masa yang telah ditetapkan
kerja yang diperoleh sudah diterima pada pertengahan semester
namun, sudah menjadi lumrah hidup
perkara itu tidak akan disiapkan sehari sebelum waktu untuk dihantar

saat-saat akhir menjadi penentu
berjaga malam menjadi tabiat sepanjang minggu akhir
dan paling bermakna, berkumpul bersama rakan sekelas untuk menyiapkan
walaupun mengambil masa yang lama
itu tidak menghalang kerana hati terhibur dengan gelagat masing-masing
berusaha dan terus berusaha untuk menyiapkannya
pelbagai reaksi muka dapat dilihat
muram, sedih, gembira, suram, tenang, marah

disebalik kelam kabut menyiapkan kerja
ketika itu juga lah waktu untuk kita mengenali rakan kita dengan lebih rapat
segala perbuatan dan kelakuan mereka dapat dilihat
setiap seorang punya peranan tersendiri
pemberi semangat, penasihat, tukang jaga, pembeli makanan
atas dasar kerjasama, setiap kerja dapat dijalankan
tanpa sebarang masalah
ada hikmahnya bila buat kerja pada saat-saat terakhir

"ada yang memberi kesenangan, ada yang memberi kesusahan"