May 29, 2013

bab 32 - yang teristimewa

kali ni jalan cerita akan lain sikit sebab aku nak bercerita

tanggal 27 Mei 2013, jam 10:30pm kami sekeluarga menerima khabar yang sangat menyedihkan.
satu-satunya atuk yang kami ada pergi menghadap Ilahi kerana sakit jantung. arwah yang diberi nama
Md Noor Abu Bakar selamat dikebumikan keesokan harinya jam 12pm di Tanah Perkuburan USJ 22.

pemergian arwah sesuatu yang mengejutkan buat sesetengah orang. melihat keadaan fizikalnya yang
masih lagi kuat untuk bergerak ke sana ke sini buat orang tak percaya arwah sudah tiada lagi.
aku bersyukur kerana sempat berjumpa dengan arwah Jumaat sebelumnya dan aku dapat melihat
arwah buat kali terakhir. mukanya tenang ibarat arwah sedang tidur lena. aku tak tahu pada siapa perlu aku khabarkan berita ini dan aku hanya khabarkan kepada Atikah dan melalui laman Twitter.

aku mula tak sedap hati bila aku dapat tau arwah terjatuh dan tidak sedarkan diri. waktu tu aku berada di Shah Alam. berterusan aku mendapatkan update terbaru dari Ibu sehinggalah hari aku balik untuk bercuti. kami sekeluarga sempat menyambut ulang tahun kelahiran arwah yang ke-86 dan tiada tanda langsung bahawa arwah akan pergi meninggalkan kami.

pada hari kejadian arwah masih lagi bergerak dan melakukan rutin hariannya seperti biasa. Ibu dan Abah balik ke Puchong untuk menjaga arwah kerana arwah cuba untuk meninggalkan rumah. tak sampai sejam selepas Ibu dan Abah bergerak pulang, maklong telefon mengatakan atok ta sedarkan diri. kami bergerak menggunakan dua kereta dan Abah bergerak dulu dari Ibu dan aku. dalam perjalanan aku dan Ibu ke sana, kaklong telefon mengatakan atok dah tak ada lagi. aku terkejut dan Ibu suruh pastikan sebetul-betulnya.

sampai sahaja kami di Puchong, atok sememangnya sudah tiada lagi. walaupun tak elok untuk kita menangis apabila seseorang itu telah pergi, tapi apakan daya. aku tak kuat untuk menahan air mata aku dari mengalir. aku terasa kehilangan yang amat besar. aku terkaku dan hanya mampu melihat jenazah dibaringkan di ruang tamu. suasana rumah atok menjadi sunyi, tak seperti biasa.

ya, kalau diperhatikan memang aku banyak bercerita pada waktu kejadian. walaupun bukan dalam turutan kejadian. tapi, aku amat terasa dengan kehilangan arwah atok. kerana aku mula mengenal dia ketika aku mula membesar dan belum sempat aku kenal dia sepenuhnya, dia dah pun pergi meninggalkan kami.
semoga arwah atok ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman.

al-Fatihah

May 23, 2013

bab 31 - seketika

satu ketika aku jadi gila
dek melayan hati yang terluka
luka yang ku kira dalam
yang ku biarkan terpendam
bukan sengaja ku biarkan ia terjadi
tapi lebih kepada menjaga hati
aku fikirkan selangkah ke depan
risau dan takut menjadi bahan
bukan diri ini yang aku risaukan
tapi lebih kepada keluarga
yang jauh dari mata tapi ada dalam hati

sedang aku gila meroyan
aku terfikirkan setiap perkara
segala yang terjadi ku atur
mencari apa yang membuatkkannya hancur
dalam mencari jawapan
aku terjumpa soalan

mengapa aku jadi sebegini?
ke mana diri aku selama ini?
apa yang terjadi tanpa disedari?

bukan lama aku menggila
ramai perasan tapi hanya bertanya
satu atau tidak lebih dua
soalan yang diaju bagai ingin tahu
rahsia di sebalik kegilaan aku
namun aku cepat sedarkan diri
kerana aku tahu lebih ramai disakiti
apa yang aku rasa hanya ujian
dan juga ku kira balasan
atas apa yang pernah aku lakukan

"jangan pernah berfikir menggunakan emosi. bahayanya tak terkata."