January 27, 2013

bab 29 - hidup tidak semestinya indah

kini baru ku sedari, hidup itu tidak semestinya indah
kadang tika bahagia ada suram yang menjelma
kejutan diberikan saat diri sedang bahagia
cuba berbuat biasa namun peritnya pedih tak terkata
kadang cuba menguatkan hati
memujuk hati yang sedang luluh
namun apakan daya, ku hanya insan biasa
dalam diam kebahagiaan itu muncul semula
namun ianya tidak lama, hanya seketika
hanya sendiri mengejar mimpi yang tidak pasti
ingin ditangisi tindakan melulu yang ku lalui
namun ku sedar ini semua salah satu dugaan yang diberikan

"Hidup tidak semestinya indah namun, jangan lemah."

January 10, 2013

bab 28 - dua ribu tiga belas

ku mulakan dengan melihat percikan bunga api
ditemani keluarga walau bukan semua sekali
ibarat bunga yang sedang mengembang di atas langit
penuh dengan warna warni
selang dua hari kemudiannya
peperiksaan akhir sudah bermula
hanya empat yang dibawa ke akhir
saat ini tinggal dua yang terakhir
kurang dua belas jam akan menduduki kertas kedua terakhir
debaran semakin terasa tapi apakan daya
sudah keringat masa dan tenaga
henti sebentar merehatkan minda
akan bersambung selepas seketika

sedikit kekesalan menusuk jiwa
akibat kemalasan yang tiada penawarnya
semakin hari semakin menjadi
perlu diperbaiki untuk kemudian hari
harap tidak menganggu prestatsi semasa
sangat risau akan keputusannya
berdoa agar tidak terjejas hendaknya
ku panjangkan doa buat semua
agar dapat menempuh tahun baru dengan jayanya

insyaAllah, aamiin

"harap dapat menjadi orang yang berguna."