March 17, 2013

bab 30 - ragam, kata dan manusia

cerita ini bukan tentang aku mahupun engkau
tetapi lebih kepada semua yang ada di dunia
pelbagai kisah ingin aku ceritakan tapi
tidak semuanya boeh diceritakan di sini
ragam manusia yang sering aku perhati
sering menjadi tarikan buat diri
ada dijadikan teladan, ada juga dijadikan pengajaran
kadang yang diperhati mencerminkan diri sendiri
kadang bila terjadi baru ada rasa sedar diri

dalam memerhati tidak pula cuba mencampur diri
risau kelak termakan hati
senang untuk melihat dan menasihati
tapi yang sedang merasai sangat perit di hati
berkongsi jangan semua
takut kemudian hari itu senjatanya
jangan risau untuk berfikiran terbuka
kerana itu membuatkan kita lebih gembira
terbuka perlu ada tahapnya
bukan terbuka fikiran juga katanya

dalam membalas kata biar berwaspada
kerana kadang terjadi tanpa diduga
apa yang dikata menusuk jiwa
dan akibatnya saling berpaling muka tatkala berjumpa
kisah ini tentang semua
pernah terjadi dan akan terjadi
hanya menunggu masanya tiba
dan ketika itu barulah sedar akan kesilapannya

"kata manusia membiaskan ragam mereka."