July 21, 2012

bab 21 - pengakhiran dan permulaan

tanggal 16 Julai 2012 lepas, bermulalah cuti semester bagi pelajar semester 2
alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik tanpa masalah
5 kertas bagi peperiksaan akhir berjaya ditempuh dengan jayanya
meski pun pelbagai masalah datang melanda
segala kudrat dan keringat telah diberikan
hanya doa menjadi harapan saat menanti keputusan
sepanjang peperiksaan akhir ini berlangsung
dapat ku lihat pelbagai kerenah dan telatah pelajar-pelajar FKPM
atau lebih dikenali sebagai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
sifat saling bantu-membantu dapat dilihat
bantuan dari segi tips untuk peperiksaan, nota tahun sebelum dan sebagainya

peperiksaan akhir ini juga memperlihatkan ruang perpustakaan digunakan sepenuhnya
ibarat kata pepatah, "siapa cepat, dia dapat"
sesaknya perpustakaan sewaktu musim peperiksaan tidak dapat digambarkan
sehingga ada yang sanggup bermalam, belajar di atas lantai
ketiadaan tempat atau meja tidak menjadi masalah buat semua pelajar
lebih-lebih lagi dengan suasana yang cukup selesa
menyebabkan pelajar tidak memilih tempat untuk belajar

namun, semuanya sudah berlalu
peperiksaan akhir sudah pun berakhir
pelajar FKPM lah yang membuka tirai peperiksaan
dan kami jugalah yang menutup tirai peperiksaan bagi semester ini
pengakhiran semester ini mengingatkan kami kepada permualaan semester baru
semester 3 dan juga tahun kedua kami sebagai pelajar
cuti ini digunakan sebaik mungkin bagi menimba ilmu
bagi menyiapkan diri untuk semester akan datang
harap segalanya dipermudahkan buat kami semua

"selamat tinggal tahun pertama, selamat datang tahun kedua."

July 1, 2012

bab 20 - peperiksaan akhir semester dua

tanggal 27 Jun 2012, bermulalah peperiksaan akhir semester ini
sebanyak 5 subjek bakal dihadapi oleh kami
satu sudah pon berlalu, dan akan datang adalah mengikut jadual masing²
setiap pelajar mempunyai 'minor' yang berbeza
jadi berbeza jugalah waktu peperiksaannya
bersyukur dengan jadual yang ada, jarak di antara subjek tersebut
menyenangkan diriku dan mereka yang mempunyai jadual sepertiku
jujur berkata, aku tidak mengharapkan apa-apa kerana aku sedar akan kemampuan diriku
semester ini merupakan semester yang sangat sukar buat diriku
namun, masih akan mencuba yang terbaik sehingga ke akhirnya

berlalulah segera semester ini, dan datanglah segera semester tiga
semoga semester tersebut membawa lebih kebaikan buat diriku
terlalu banyak perkara yang kurang buat diriku
akan ku belajar selama cuti yang diberi
minat ku sudah mula mendatang dan tidak akan ku biarkan ia pergi
semoga dalam bidang inilah kerjayaku
semoga berjayalah aku suatu hari nanti dengan sijil ijazah di dalam genggaman
khas ditujukan buat ibu abah keluarga dan mereka yang menyokong diriku

"usaha tangga kejayaan. semoga berjaya rakan-rakan."