Sudah lama aku tak mendengar cerita tentangnya
Aku lega kerana aku rasa dia takkan muncul lagi
Bukan niat aku nak putuskan persahabatan
Tapi antara kau dan dia takkan pernah ada nama sahabat
Hubungan yang lama takkan boleh dipadam begitu saja
Aku sedar, aku perhati dan aku dengar
Cuba untuk tidak berkata apa
Cuba untuk diamkan sahaja
Cuba untuk membenarkan apa jua perkara
Tapi gerak hati aku benar
Dia bukan hanya ingin menjadi sahabat
Dia mahu hidupkan kembali cerita lama
Cerita yang mana sebelum kau ada aku
Namun, kau pilih untuk tak percaya
Aku tak salahkan kau
Kau berhak untuk buat keputusan sebegitu
Sehinggalah kau saksikan dan rasakan sendiri
Apa yang aku maksudkan
Apa yang aku cuba sampaikan
Aku lega kerana aku tak perlu memaksa
Aku lega kerana kau nampak akhirnya
Jadi beringatlah selalu
Gerak hati seorang perempuan itu benar