November 25, 2012

bab 27 - bulan kelahiran

ibarat sebuah buku
disusun cerita mengikut bab
namun tiada kaitan diantaranya
gerak jari pantas menekan
ceritera segala yang terjadi

berminggu berlalu pelbagai perkara berlaku
seiring dengan kelahiran aku pada tanggal 12 november
ku sambut dengan lambakan kerja
walau begitu aku tetap gembira
apa yang aku harapkan terjadi
senyuman dan ketawa menjadi rakan sejati

mulanya cerita sebelum cuti
ada satu program anjuran kelab AdGency
selama seminggu aktiviti berlangsung
biar perit dalam menganjur
asal dilakukan bukan tanpa penyokong
bermula dengan AdVenture, diakhiri dengan AdTheEnd
pengakhiran yang aku inginkan
berkumpul bersama mereka dalam kepuasan

kepuasan dalam menganjur
kepuasan dalam perjumpaan
kepuasan dalam segala-galanya

semakin akrab hubungan kami
semakin faham perangai masing-masing
semakin mengerti tingkah laku yang jadi

seutus doa ku utuskan kepadaNya
agar berkekalan hubungan ini
dengan izinNya sudah pasti
yakni hingga ke hari mati

"panjang umur ingin ke temui lagi."

October 14, 2012

bab 26 - hubungan

bila diam ada yang menyangka sudah berpunya
namun ada juga yang menyangka sebaliknya
ingin dihebahkan risau lain jadinya
ingin disembunyikan nanti ada yang kecewa
bila sendiri rasa bahagia
bila bersama tidak kurang bahagianya
jika ditanya hanya mampu berkata tidak
namun dalam hati lain pula ceritanya

satu kata yang bisa merungkai segalanya
satu kata yang menentukan naik turun kehidupan
bukan sahaja hubungan yang sedia ada
malah hubungan yang bakal tercipta
cuba untuk mengekalkan tempoh masa
bukan sesuatu yang mudah bagi semua
pelbagai halangan dan dugaan datang melanda

hanya satu yang ku pinta
hubungan yang halal disisiNya

"sembunyikan perhubungan, rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan."

September 25, 2012

bab 25 - dorongan utama

langkah pertama ku mulakan dengan doa
supaya diberkati dan dirahmati perjalanan
doa dan kata-kata menjadi dorongan
agar dapat ku jadikan sandaran
tatkala jatuh akibat sindiran
panjangnya tangga ku daki
demi ilmu yang dicari
setitik peluh menjadi bukti
bukti pencarian ilmu di alam hakiki

semangat ku bawa bertahun lamanya
menjadi tulang belakang dikala lena
tekad dan nekad tidak ku lupa
jauh ku tanam di dalam dada
agar tidak ku lupa tujuan asalnya
sebab utama aku berada di sini
menjadi titik tolak punca rezeki
yang akan ku gapai tidak lama lagi
harap dapat ku tempuhi
tanpa ada yang berhasrat dengki

September 3, 2012

bab 24 - kembara ilmu

seharian berjalan mencari arah tuju
kaki berjalan menuju destinasi yang dihampiri
langkah laju menuju ke situ
mencari khazanah yang boleh diamati
dua, tiga sudah ku belek
tiada ku jumpa sudah dibuka
kerna diri ini tidak tahu
boleh dibuka bungkusannya jika diminta
cerita tentang apa yang dipelajari
bahasa mudah senang ku fahami

leka dengan apa yang dibaca
ditambah pula cerita yang serupa
selesai sudah ku belek yang satu
di sebelah kiri pula minta dibuka
ku amati isi kandungannya
cuba memahami cerita yang ingin disampaikan
hanya mampu bersila dan membaca
andai ada rezeki akan ku dapatkan satu

berterima kasih pada si tukang bawa
dalam diam rupanya sengaja
ingin membuatku satu langkah ke hadapan
dalam perjuangan bersama rakan

"dalam seribu pasti ada satu."

August 29, 2012

bab 23 - motivasikan diri

bulan Ramadhan berlalu sudah
kini tiba bulan Syawal
bulan meraikan kejayaan umat Islam menyempurnakan bulan Ramadhan
semoga amalan kita semua diterimaNya
sehubungan dengan itu, berakhirlah sudah percutian sebulan setengah
semester baru akan bermula
kehidupan baru juga bermula
perhitungan bakal berlaku
sebaik waktu pendaftaran subjek mula dibuka
pelbagai pilihan diberi namun
hanya akan dipilih yang berkenan dihati
kusut memikirkan tentang semester akan datang
sembilan subjek bakal ditatang
risau tiada masa untuk diri sendiri

harap berjaya ditempuh tanpa sebarang masalah
kerana diri ini tidak akan mengaku kalah
sebelum bermulanya pertarungan
yang akan menentukan kestabilan masa hadapan
bukan menjadikan itu sebagai penentu
tetapi menjadikannya sebagai tiket untuk maju
susah senang tiada siapa tahu
kerana tidak mahu diri ini dibelenggu
kisah silam yang hanya menganggu
kehidupan baru yang jauh berbeza
dari masa lalu yang menduga jiwa
semoga tiada masalah untuk ku hadapinya

"aku di sini kerana cerita disebaliknya."

August 13, 2012

bab 22 - penutup

hampir sebulan sudah cuti semester bermula
semuanya pulang ke pangkuan keluarga masing²
menyambut bulan Ramadhan yang menjelma
tiada perkara yang lebih bermakna selain meluangkan masa bersama keluarga
keputusan semester dua sudah pun keluar
suka dalam duka
hanya itu yang dapat ku gambarkan
meski pun begitu, ia tidak mematahkan semangatku
masih ada 4 semester lagi untuk ku memperbetulkan
tiada apa yang menarik sepanjang cuti ini
melainkan kunjungan ku ke Johor baru² ini
sekadar meluangkan masa yang ada berjalan bersama rakan
selama 3 hari berada di sana
semestinya tidak mencukupi
insyaAllah akan ku berkunjung lagi jika tiada aral yang mendatang

ku tutupkan semester dua ini dengan pelbagai rasa
pahit manis masam
semuanya ada
semestiya ku lebih menghargai perkara yang manis
pahit dan masam ku jadikan sebagai pengajaran
akan ku jadikan iktibar bagi masa akan datang
harap ia tidak akan berulang lagi
akan ku lebih berhati² dan berjaga²
bukan mudah menjalani kehidupan
namun tidak dinamakan kehidupan sekiranya tiada cabaran

"hidup bagaikan roda. kadang di atas, kadang di bawah."

July 21, 2012

bab 21 - pengakhiran dan permulaan

tanggal 16 Julai 2012 lepas, bermulalah cuti semester bagi pelajar semester 2
alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik tanpa masalah
5 kertas bagi peperiksaan akhir berjaya ditempuh dengan jayanya
meski pun pelbagai masalah datang melanda
segala kudrat dan keringat telah diberikan
hanya doa menjadi harapan saat menanti keputusan
sepanjang peperiksaan akhir ini berlangsung
dapat ku lihat pelbagai kerenah dan telatah pelajar-pelajar FKPM
atau lebih dikenali sebagai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
sifat saling bantu-membantu dapat dilihat
bantuan dari segi tips untuk peperiksaan, nota tahun sebelum dan sebagainya

peperiksaan akhir ini juga memperlihatkan ruang perpustakaan digunakan sepenuhnya
ibarat kata pepatah, "siapa cepat, dia dapat"
sesaknya perpustakaan sewaktu musim peperiksaan tidak dapat digambarkan
sehingga ada yang sanggup bermalam, belajar di atas lantai
ketiadaan tempat atau meja tidak menjadi masalah buat semua pelajar
lebih-lebih lagi dengan suasana yang cukup selesa
menyebabkan pelajar tidak memilih tempat untuk belajar

namun, semuanya sudah berlalu
peperiksaan akhir sudah pun berakhir
pelajar FKPM lah yang membuka tirai peperiksaan
dan kami jugalah yang menutup tirai peperiksaan bagi semester ini
pengakhiran semester ini mengingatkan kami kepada permualaan semester baru
semester 3 dan juga tahun kedua kami sebagai pelajar
cuti ini digunakan sebaik mungkin bagi menimba ilmu
bagi menyiapkan diri untuk semester akan datang
harap segalanya dipermudahkan buat kami semua

"selamat tinggal tahun pertama, selamat datang tahun kedua."

July 1, 2012

bab 20 - peperiksaan akhir semester dua

tanggal 27 Jun 2012, bermulalah peperiksaan akhir semester ini
sebanyak 5 subjek bakal dihadapi oleh kami
satu sudah pon berlalu, dan akan datang adalah mengikut jadual masing²
setiap pelajar mempunyai 'minor' yang berbeza
jadi berbeza jugalah waktu peperiksaannya
bersyukur dengan jadual yang ada, jarak di antara subjek tersebut
menyenangkan diriku dan mereka yang mempunyai jadual sepertiku
jujur berkata, aku tidak mengharapkan apa-apa kerana aku sedar akan kemampuan diriku
semester ini merupakan semester yang sangat sukar buat diriku
namun, masih akan mencuba yang terbaik sehingga ke akhirnya

berlalulah segera semester ini, dan datanglah segera semester tiga
semoga semester tersebut membawa lebih kebaikan buat diriku
terlalu banyak perkara yang kurang buat diriku
akan ku belajar selama cuti yang diberi
minat ku sudah mula mendatang dan tidak akan ku biarkan ia pergi
semoga dalam bidang inilah kerjayaku
semoga berjayalah aku suatu hari nanti dengan sijil ijazah di dalam genggaman
khas ditujukan buat ibu abah keluarga dan mereka yang menyokong diriku

"usaha tangga kejayaan. semoga berjaya rakan-rakan."

June 11, 2012

bab 19 - kerja khusus

dua minggu dan kemudian, kami akan berhadapan dengan peperiksaan akhir
tempoh dua minggu terakhir amat perit buat kami
kerja-kerja khusus perlu dihantar dalam masa dua minggu yang diberikan
perseorangan mahu pun berkumpulan
kesemuanya perlu dihantar dalam masa yang telah ditetapkan
kerja yang diperoleh sudah diterima pada pertengahan semester
namun, sudah menjadi lumrah hidup
perkara itu tidak akan disiapkan sehari sebelum waktu untuk dihantar

saat-saat akhir menjadi penentu
berjaga malam menjadi tabiat sepanjang minggu akhir
dan paling bermakna, berkumpul bersama rakan sekelas untuk menyiapkan
walaupun mengambil masa yang lama
itu tidak menghalang kerana hati terhibur dengan gelagat masing-masing
berusaha dan terus berusaha untuk menyiapkannya
pelbagai reaksi muka dapat dilihat
muram, sedih, gembira, suram, tenang, marah

disebalik kelam kabut menyiapkan kerja
ketika itu juga lah waktu untuk kita mengenali rakan kita dengan lebih rapat
segala perbuatan dan kelakuan mereka dapat dilihat
setiap seorang punya peranan tersendiri
pemberi semangat, penasihat, tukang jaga, pembeli makanan
atas dasar kerjasama, setiap kerja dapat dijalankan
tanpa sebarang masalah
ada hikmahnya bila buat kerja pada saat-saat terakhir

"ada yang memberi kesenangan, ada yang memberi kesusahan"

May 24, 2012

bab 18 - kepenatan

penat melayan perasaan
penat melayan kerenah
penat melayan fikiran
penat melayan manusia
penat, penat, penat

bukan dari segi fizikal sahaja
tapi dari segi mental jua
beban yang dipikul tidak dapat digambarkan dengan kata²
andai kata hati boleh didengari
pasti ada yang tahu betapa sakitnya hati

sering kali cuba untuk berfikiran positif
tapi yang datang hanya negatif
ingin sahaja diri ini mengundur diri
tetapi memikirkan keluarga terus terhenti

cuba untuk menaikkan semangat
cuba untuk menguatkan akal dan fikiran
cuba untuk sentiasa ceria
namun, apakan daya
diri ini tidak sekuat seperti dulu

"semuanya tidak kena, semuanya tidak menjadi."


May 16, 2012

bab 17 - setelah sekian lama

lama sudah diri ini membawa diri
bukan niat ingin melarikan diri
namun begitu sibuk dengan tugasan yang diberi
telah cuba untuk berkongsi walau sekali
namun apakan daya tiada masa dapat dikongsi

pelbagai cerita suka dan duka terjadi sepanjang sebulan aku tidak berkongsi cerita
pelbagai ragam manusia dan gelagat rakan² baru yang dapat aku lihat
seperti biasa, aku hanya memerhati bukan sekian kalinya kerana tidak mahu perkara sama terjadi lagi
andai mata bisa berbicara, begitu banyak perkara yang tersirat di antara mereka
ingin sekali aku berterus terang dan tanyakan sahaja
namun, apakan daya aku hanya manusia biasa yang punya akal fikiran
aku memikirkan akibat dari tindakan ku di hari yang mendatang

setelah hampir sebulan berhempas pulas
selesai sudah kebanyakan tugas yang membuat ku tidak cukup tangan dan masa untuk berehat mahupun berkongsi cerita
jika diberi masa yang panjang dan waktu yang sesuai
ingin sekali ku berkongsi segala cerita suka dan duka antara mereka dan aku
tapi masa tidak mengizinkan dan aku mempunyai banyak perkara yang harus diselesaikan

bermacam² perkara yang bermain di dalam fikiran ku
namun ku hanya mampu diam dan ligat mencari jawapan
dan jalan penyelesaian kepada semuanya
harap tidak akan terjadi lagi perkara seperti ini
andai kau bisa tahu apa yang ku cuba sampaikan
sungguh bermakna buat diriku

"kembali menjadi pelajar yang sibuk dengan tugasan"

April 12, 2012

bab 16 - semangat kesukanan

sejak aku kenal erti berjalan, aku sudah mula minat dengan sukan.
dari sekolah rendah hinggalah sekarang
sukan sudah sebati dalam darah aku
walau sesibuk mana pun jadual harian aku
aku akan tetap cari masa dan waktu untuk bersukan
dari kecik sampai la sekarang, hanya 4 buah sukan sahaja yang kekal dan sentiasa aku minat
boling, bola jaring, bola baling dan olahraga
tapi, aku dah mula berhenti main olahraga sebab aku da ta punya stamina seperti dulu
setiap peluang yang ada untun aku beraksi, aku akan masuk
aku akan buat sehabis baik supaya aku dapat kepuasan bermain
menang atau kalah adalah perkara kedua buat diriku
melainkan aku atau kumpulan aku berjaya ke peringkat tertinggi
semestinya kemenangan menjadi impian

biarlah orang mengatakan aku seorang yang kurang waras
kerana sengaja melibatkan diri dalam sukan yang berbeza²
namun, hanya aku sahaja yang tahu nikmat bermain sukan² tersebut
satu perasaan yang tidak dapat digambarkan
aku sentiasa mengambil peluang untuk perbaiki diri
setiap peluang yang ada akan aku guna sebaik mungkin
walaupun sudah lama aku melibatkan diri dalam sukan² ini
itu ta beerti aku yang terbaik kerana banyak lagi perkara yang perlu aku betulkan
tidak akan ada perkataan putus asa atau mengalah bila aku bersukan
dan aku tidak akan berhenti bersukan sehingga keadaan fizikal aku membataskan pergerakan aku
aku mendapat kepuasan yang ta terhingga ketika bersukan

"bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan badan kita."

April 5, 2012

bab 15 - apa ada pada diriku

kekadang diri terasa begitu segan
mendapat perhatian kerana perkara yang tidak sepatutnya
jujur berkata, tidak pandai diri ini menerima pujian
apatah lagi penghargaan
sedar akan diri yang tidaklah sehebat mana
namun sering di salah anggap dan membawa kepada satu tanggapan
satu persepsi yang tidak bisa ditanggung diri
andai diberi kuasa, ingin sahaja hati ini bersuara akan ketidakpuasan hati
tentang mereka yang sering memberikan pandangan atau pendapat
tanpa memikirkan akibatnya kepada sesiapa
sedang diri ingin bermuhasabah, datang pula perkara lain
menganggu kehidupan ku
namun bila diganggu tidak pula dikatakan menganggu
ingin saja diri ini menolak
namun apakan daya, tarikannya lebih kuat dari daya tolakan ku
sering hati ini bertanya, apa ada pada diriku?
apakah yang membuatkan diriku menyerlah?
bukan niat untuk membangga diri, hanya ingin berkongsi luahan hati
andai kau tahu apa yang terbuku di dalam hati

"tiada apa pada diriku, hanya aku."

March 29, 2012

bab 14 - terlalu banyak

semakin hari semakin pantas masa berlalu
terlalu banyak perkara yang terjadi sehingga tiada masa buat diriku
untuk menceritakan semuanya
bermacam ragam dan kerenah manusia yang ku lihat
pelbagai perkara yang terjadi di depan mataku mahupun dibelakangku
ingin sahaja ku ceritakan semuanya tapi akan daya
aku hanya manusia biasa yang tahu erti penat dan rehat
saban hari ku sering mengingatkan diriku agar menceritakan segala perkara yang berlaku
namun masa amat mencemburui diriku
tiada ruang yang dapat ku ambil untuk berkongsi perjalanan hidup yang ku lalui

setiap perkara yang terjadi membuatkan kepalaku ligat memikirkan ayat
untuk di adaptasikan ke dalam blog ku ini
tapi apabila semuanya sudah tersusun rapi, masa pula yang tidak dapat ku cari
tidak pula ku terima apa² assignment tetapi diriku sibuk dengan aktiviti luar
saja aku sibukkan diri supaya ku dapat melupakan perkata yang sepatutnya
tidak pernah terlintas dalam diriku ini, bahawa ku akan mendapat pelbagai bentuk cerita
andai dapat ku luahkan semuanya di dalam blog ini
agar semua tahu apa yang telah ku lalui meski pun baru sahaja masuk minggu ke-empat
ketika ini pun kepala ku sedang sibuk memikirkan idea untuk dibentangkan esok
namun tidak ku endahkan dan kepada laptop juga tempat jari jemariku ingin bercerita

terlalu banyak cerita dan kejadian² aneh yang berlaku sepanjang ketiadaan ku disini
tidak mampu untuk ku ceritakan dalam satu malam
biarlah ianya dijadikan cerita satu hari nanti
atau akan ku ceritakan bila tiba masa yang sesuai
sememangnya setiap yang terjadi wajar dikongsikan bersama
agar dapat dijadikan teladan atau pengajaran buat mereka yang lain
terlalu banyak

"tidak semua perkara yang kita rancangkan akan menjadi."

March 11, 2012

bab 13 - andai manusia itu tiada kesabaran

siang tadi, dalam perjalanan balik ke Kepong
macam² kerenah manusia aku tengok
dari budak kecik, sampai la orang dewasa termasuk lah remaja
setiap manusia mempunyai perangai yang berlainan
sebab tu aku suke perhatikan gelagat orang
aku nak faham dengan lebih mendalam tentang gelagat atau perangai orang
dan tadi, aku nampak dari pandangan yang berlainan
kejadian ni berlaku bila aku naik kereta api nak ke Midvalley
kalau da namanye KTM memang sesak la selalu kan
lagi² bila amek dari KL Sentral
sebab aku da lama ta naik, so harini aku dapat tengok sesuatu yang berlainan
kalau dulu, yang menolak dan ditolak akan berdiam diri bila orang yang dorang tolak tu jerit or marah
tapi tadi, ade sorang budak tu kene tolak dan die kene marah dengan orang kat depan die
marah tu bukan la tengking ke ape, tapi die just cakap la jangan tolak² (dgn nada yg agak kureng elok)
budak yang kene tolak tu, die ta diam tapi die marah balik orang depan die
kalau marah cakap sikit berhenti terus tape, ni ta
kemaen die bising² dan cakap kenape orang tu nak marah die sedangkan die pon kene tolak
bila jadi cmtu tadi, membuatkan aku terfikir

"bebudak sekarang da berubah, adab sopan semua da hilang. zaman makin moden, begitu juga dengan perangai manusia."

itu baru insiden pertama, insiden kedua berlaku bila aku da sampai Midvalley
aku pun ta berapa paham dengan manusia sekarang ni
jalan memasing lintang pukang, kejap ke kiri kejap ke kanan
kebetulan pulak tadi aku nak cepat, jadi aku agak berjalan dengan cepat dan aku memang cilok jalan je tadi
tapi yang aku ta tahan, bila lalu satu jalan dengan orang² cmnie
memang dah terang²an dah die nak ke kanan (misalnya) tapi bila aku lalu belah kiri tetiba die ke kiri
sah² la aku terlanggar kan tapi dorang pulak yang buat muke
ta faham sungguh aku!
selain tu ade jugak jenis konon da pakar berjalan
da tau nak menghala ke depan, pandang je la depan tuu
tayah la nak pandang kiri ke, kanan ke
kalau nak pandang, jalan tu lurus tape
ni ta, dengan badan² tu sekali gerak ke tempat yang dorang pandang tu =.="
bila aku lalu, nak buat muke pulak
siapa yang salah sekarang nie ha?
same jugak dengan jenis yang jalan berlenggang
kalau jalan tu atas name die tape jugak, tapi tade pon aku nampak ade name orang tadi
betul² menguji aku tadi. haih.

"kalau rasa jalan tu tunggang langgang lagi, berhenti dulu bila pandang tempat lain. jangan pandang tempat lain, jalan ke tempat lain."

due² insiden nie ade kaitannya dengan aku
sebab aku mangsa dalam due² insiden nie
dalam insiden pertama tadi, bukan budak tu je kena tolak tapi aku pon kena
tapi aku sabar
dalam insiden kedue, da memang terang²an la aku mangsanye kan
tapi aku sabar
ape yang aku nak tekankan kat sini, "andai manusia itu tiada kesabaran"
akan berlaku pertelingakahan yang maha dahsyat siang tadi antara aku dengan mereka² tu
dan mereka² juga akan mengamuk seperti tidak mengenal erti malu
tetapi kerana adenye nilai yang diberi nama SABAR, semua tu ta terjadi
betapa pentingnya untuk seseorang tu menjadi seorang yang penyabar
sekian. =)

March 3, 2012

bab 12 - hampir, tetapi bukan

pernah ta korang terfikir atau buat satu senarai ciri² pasangan hidup korang?
mesti pernah kan, mustahil la ta (kan kan kan)
kalau bukan senarai pun, mesti ade dalam satu dua (hehehe)
sama la macam aku, aku pun ade senarai tersendiri
dan ciri² pasangan hidup yang aku cari bukan setakat elok luaran tapi dalaman jugak
setakat ni, ada dua orang yang betul² serupa dengan apa yang aku bayangkan
tapi sayangnya, dua² tu bukan ditakdirkan untuk aku
dorang hanya boleh jadi kawan aku dan sesuatu yang mustahil untuk salah seorang dari dorang nak jadi pasangan hidup aku (hahahaha)

ta perlu la aku bgtau ciri² pasangan hidup yang aku nak
biarlah benda tu jadi rahsia aku sorang
tapi tu lah, setakat ni yang 'melekat' dengan semua ku jauh panggang dari api
semuanya ade satu dua je ciri² pasangan yang aku nak
aku ni jenis berfikiran jauh
jadi, aku akan gunakan video mapping bila aku dengan seseorang tu
bukan apa, demi berjaga² orang kata (ngeh3)
banyak perkara yang jadi dalam hidup aku buat aku berjaga², supaya ta kan terjadi lagi
tapi kekadang tu aku ta letak harapan yang tinggi untuk aku jumpa dengan pasangan yang aku nak
sebab ta semua yang kita nak kita akan dapat
macam situasi aku sekarang ni laa, apa yang aku nak (dua orang tuh) aku ta kan dapat

"mereka hampir serupa tetapi bukan yang aku inginkan"

February 24, 2012

bab 11 - berkat usaha sendiri

alhamdulillah, berkat usaha aku untuk semester pertama ni terbalas dengan keputusan yang agak cemerlang
walaupun aku ta dapat dekan, apa yang aku dapat tu da cukup baik da
untuk budak baru macam aku nie, itu da dikira cukup bagus da
kegembiraan aku bertambah bila ibu abah aku pun gembira dengan apa yang aku dapat
diorang nak aku kekalkan dan jangan jatuh
insyaAllah, itu lah yang aku akan buat dan aku akan buat lebih baik
supaya aku dapat dekan walaupun sekali
Anugerah Naib Canselor da terlepas, sebab aku ta dapat dekan untuk semester nie
tapi tu bukan sebab untuk aku mengalah, itu akan buat aku cuba untuk dapatkan dekan semester akan datang
memang susah tapi kalau kita berpegang pada harapan, insyaAllah akan jadi =)
macam² benda yang aku lalui time final hari tu tp alhamdulillah
semua tu ta menganggu aku dan aku lulus dengan cemerlang
apa yang aku rasa sekarang nie sangat lain dengan perasaan gembira yang aku rasa selama nie
harap² ianya akan berkekalan sampai aku da habis belajar nanti
terima kasih kepada mereka yang banyak membantu =)

February 20, 2012

bab 10 - bisakah aku mengenal cinta

orang macam aku nie ta ramai yang paham
luar mungkin aku nampak kuat
tapi dalaman aku tersangat² lemah
aku mungkin senang untuk suka seseorang tu tapi bukan senang aku nak sayang
sekali aku da sayang, memang aku ibarat ada di awang²an
bila aku sayang, maksudnya aku serius
tapi sayang, ada yang ta paham
lebih menyakitkan hati bila perasaan aku nie dianggap kebudak²an
penat dan kecewa
perasaan aku ta difahami sesiapa pun
hanya aku yang faham tapi bila aku terangkan, orang kata aku nie 'emo' lebih
percaya la, 'emo' tu lain
aku jadi macam nie bila aku betul² serius
sayangnya, semuanya dah terlambat
agaknya, bila la aku dapat mencintai seseorang dan turut dicintai oleh orang yang sama

jiwang? nak tergelak?
korang ta paham aku lagi :)

February 14, 2012

bab 9 - tunang atau nikah?

bila umur meningkat, pemikiran pasal masa depan pun makin jauh.
mula fikir pasal nak kahwin, nak jadi seseorang yang berkerjaya dan macam² lagi lah
tapi zaman sekarang, pelajaran jadi penting
jadi, ada yang buat keputusan untuk ikat dulu hubungan dengan pasangan masing²
takut kalau belajar tempat lain² nanti pasangan kene amek dek orang
tapi ada jugak yang terus nikah, katanya tunang je ta cukup

itu kata mereka yang mampu
mampu untuk bernikah walaupun masing² masih belajar
kita yang ta mampu nie?
apa langkah kita?
pernah tak korang terfikir nak tunang atau nikah dulu?
ta pun, nak buat dua² atau salah satu je?
lagi² bila da sambung belajar dan umur makin meningkat
dulu, bila cari pasangan mesti nak yang hensem, pandai ta pun bergaya
tapi sekarang, bukan tu je yang dicari
sekarang nak yang alim, berkerjaya, pentingkan keluarga, bole jaga kita
nak pilih pasangan tu cam nak pilih apa je

tapi kalau aku lah, better nikah terus
kalau nak tunang pun tunang seminggu sebelum cmtu ke
tunang lame² ni bahaya sebenarnya
pape pun, itu la yang akan aku buat =)
habiskan belajar dulu, at least untuk degree ni then baru fikir sal nak ada keluarga segala
sebab aku ni susah nak fokus dua benda dalam satu masa

February 7, 2012

bab 8 - selamat harijadi badrulakif

selamat hari jadi Badrul Akif Raffi! :D
sebenarnye harijadi die smlm, tp smlm penat sgt so ta dapat nak post.
ngeh3.
semalam, hari paling meriah bagi ku cbb dapat klua lepak ngan mereka². hoho.
konon nak sambut harijadi si bad nie laa, tp tade la sambut mane (hahaha)
kitorang klua g KLCC && cbb ku bawak camera mmg byk gamba yg disnap la ctenye kann
dekat empat ratus lebih kott gamba semalam =.=
tadi ku da upload sikit dalam FB, ta upload sume cbb banyak yg blur
camera lak passing², tu yg gamba smpi empat ratus lebih
huihuihui
kitorang klu dalam kul 12 lebih cbb si bad lambat bangun. haih.
sampai KLCC dekat kul 1 suku. (peka btol ku ngn mase nie)
smpi je bnde petame kitorng buat g melantak XD
lapa kott, ta breakfast then da terus gerak klua (hoho)

abes makan, kitorang g jenjalan jap kat taman sementara tunggu budin
die dtg lambat skit cbb die ade training :)
kat taman tu ape lgy, mmg camera je la byk bgerak
mcm² gelagat dorang time tuh
lgy² si din "dugong" (ahahaha)
die klu bole tanak bgerak && nak ddk setempat je
mmg ta dapat la kan klu da ngan kitorang (hehehe)
lepas die datang je, din nisa && safiq gerak cbb safiq nak gerak
nisa ikot lak cbb die naek moto, klu ikot kitorang kang ta t'klua pulak die dr parking moto tu nnty (kih3)
patutnye terus gerak g Brem Mall, nak tengok wayang tapi dak² nie nak naek skybridge pulakk
pegi la usha kot kalau ade tiket lagi kann
sampai je kat skrin tv da kua, "today's ticket is sold out"
pe lagii, meraung budak² tuh (hahaha)

alkisahnye kitorang g la cari kasut ku then gerak g Brem Mall
tengok wayang ntah hapehape punye crite (huhu)
Haywire tajuk cite tuh && sume gara² bad & nisa (ngok)
pas tu tade tunggu lame, balik la masing² ke rumahh
memang ku bergumbira abes la ctenye smlm kan, sampai uma nak dekat kul 10pm kott
hehehehe
bile la dapat lepak lagi ngn mereka² nie (haih)
sedikit gambar utk menunjukkan betapanye gumbiranya ku smlm

the birthday boy

me and them
the girls

"sayang korang sangat² kott"

February 1, 2012

bab 7 - perangai/ kerenah orang

untuk post kali ni aku ta kan guna bahasa² baku sebab aku pun kekadang ta paham klu gune ayat² cmtuh.
hahaha.
lebih baek aku buat informal dari formal. pening kepale kott. =.="
okeh, harini kita akan bercakap tentang perangai orang. =)

dalam dunia nie memang macam² perangai org kite bole jumpe.
dan utk kite jumpe yg serupa @ sebijik mmg ta kan dapat.
dari satu tempat ke satu tempat, kite akan jumpe org yg berlainan sungguh perangainyee. hoho.
senang nak nmpk, cube pegi kat tempat yg ramai org (ketara sgtt)
kat situ mmg korang akan nampak perangai manusia yg berbeza²
kekadang², ade jugak kerenah yg korng ta pernah nampak
ade yg jenis sengih 24h ta benti, ade yg muke masam mencuka je, ade yg berkerut ntah pasal ape
semua nie kadang² bole dijadikan bahan lawak tapi satu yg kite kne paham
ade antara mereka yg mmg dah dilahirkan dgn rupe sebegitu @ telah dididik utk jadi cmtu
maksudnye kat sini, jgn kite buat andaian yg bukan² klu kite nampak org buat perangai kat lua tuu
mungkin dorang dipaksa buat cmtu atau pun dorang saje buat cmtu utk dijadikan bahan lawak

tapi, ramai kite² yg ta paham and slumber je pegi sound org tu (klu buat bnde yg ta ptot laa)
ta pun, terus bagi pandangan negatif kat orang tuh (ta baek, ta baek)
jgn kite menilai seseorang itu dari rupa parasnyee, ta semua perkara yg kite nmpk dr luaran gambarkan sifat dalamannyee
betul ke tidak? =)
belajar dan cuba untuk menerima mereka yang berperangai pelik atau luar biasa nie
sbb dorang jugak laa yg akan buat kite ketawa nanti >_<
mungkin memule kite akan buat tanggapan pasal mereka, tapi bile da kenal baru kite tau. kan?
tanggapan pertame tu ta semestinye btol and kite kene buang klu ta betul
jgn nak simpan lagi sbb akan bagi kesan satu hari nanti
berguna jugak bile kite belajar pasal orang nie (psychology), kite akan paham orang lebih. hahaha.
aku da berkali² kene gelaran yg ta sepatutnye sbb perangai 'pengenalan' aku.
tapi aku paham dan aku ta salahkan dorang =)
cume aku berharap dorang tau jugak ape yg dorang nampak tu bukan keseluruhan perangai aku
aku sendiri pon masih dalam proses untuk memahami perangai org dgn lebih baik
supaya aku ta mendatangkan masalah bile bagi komen yang ntah hape hape. muahaha. XD

"kerenah itu pelbagai. pelbagai itu memberikan seribu tanda tanya."

January 28, 2012

bab 6 - belajar bersabar

dulu, aku seorang yang mudah marah
tahap kesabaran aku memang rendah
setiap benda mesti akan datangkan kemarahan buat aku
tapi, bila aku masuk tingkatan enam
aku mula belajar untuk bersabar sebab ketika itu aku mula sedar tentang pentingnya untuk bersabar
sejak hari itu, tahap kesabaran aku makin meningkat
aku boleh kawal kemarahan aku dan tak melenting tak tentu pasal
aku sentiasa berdoa supaya tahap kesabaran aku ini berkekalan
sebab aku tak nak jadi macam dulu, sentiasa marah
buat sesuatu benda pun aku tak fikir panjang
aku masih lagi dalam proses untuk belajar bersabar
tapi, dalam keadaan sekarang ni
aku tak rasa aku boleh kawal kesabaran aku
ada perkara yang betul-betul uji kesabaran aku

yang aku buat sekarang ni, menahan dan terus menahan
supaya aku tak terlepas dekat orang lain
setiap kali fikir pasal benda ni, aku boleh sesak nafas
dan aku dah mula sakit dada sebab asyik tahan marah
aku tak tahu nak buat apa dah
itu je perkara yang aku boleh fikirkan selain berdoa dan terus berdoa
agar kesabaran aku ni kekal macam ni
aku tak nak meletup tak tentu pasal
aku takut dengan diri aku sekarang ni
kalau aku marah, aku ta fikir apa dah dan apa yang aku cakap semua tak betul
sabar, sabar dan terus bersabar

January 20, 2012

bab 5 - masa itu raja

bila kita berkata tentang masa, ramai yang akan mengatakn masa itu emas.
masa itu berharga, masa itu tiada nilainya.
sesetengah perkara memerlukan masa yang lama untuk melakukannya
dan begitu juga sebaliknya.
tapi tiada yang pernah berkata masa itu raja.
ya, masa itu raja.
dia berjaya mengawal setiap pergerakan manusia.
manusia akan mengikuti masa yang telah ditetapkan.
tiada bantahan mahu pun melawan masa yang telah ditetapkan.
setiap perbuatan dan tingkah laku berkaitan dengan masa.
tiada perkara yang tidak kaitan dengan masa.
kenapa masa?
kerana baru aku sedar, betapa kita menghargai masa.
sehingga kadang kala meminta perkara yang tidak masuk akal mengenai masa.
minta dihentikan,
minta diperlahakan,
minta dipanjangkan.

sesuatu yang mustahil untuk menjadi realiti.
namun, masih ada yang mengharapkan perkara sebegitu terjadi.
setiap pergerakan memakan masa walaupun sesaat.
betapa pentingnya masa kepada manusia.
tetapi, ada juga yang masih tidak menghargai masa.
melakukan perkara² yang tidak berfaedah.
menganggap masih banyak lagi masa yang ada.
sedarkah mereka masa yang ada hanya tinggal sekelumit?
tidak banyak dan perlu digunakan sebaik²nya.
lakukan perkara² yang diingini tetapi biarlah ia memberikan kebaikan kepada diri.
realisasikan hajat yang terpendam, dalam masa yang singkat.
biar masa menentukan jika sesuatu perkara itu mendatangkan kebaikan atau tidak.

masa itu raja.
raja yang adil dan bertimbang rasa.
namun kita yang tidak pandai menggunakan kebaikan masa yang ada.

masa itu raja
mengawal setiap pergerakan dan perbuatan
masa, betapa tingginya nilai masa itu
penuhi ia dengan perkara² yang baik dan sihat

January 10, 2012

bab 4 - kekuatan itu penting

salam.
saat ini aku dilanda pelbagai dugaan yang boleh mencabar keegoan aku sebagai seorang manusia.
aku cuba untuk menerima kesemua dugaan yang datang tapi aku ta mampu.
segala usaha telah aku lakukan namun semuanya hampa.
ssat ini aku benar-benar memerlukan seseorang yang memahami diriku dan mendengar luahan hatiku.
bukan untuk diceritakan kepada orang tetapi untuk diberikan nasihat buatku.

saat ini aku memerlukan kata-kata semangat yang boleh membangkitkan kekuatan aku semula.
untuk aku menjadi diriku yang sebenar, tidak mudah berputus asa.
apakah sebab aku jadi sebegini rupa? aku pun tidak tahu.
kesemuanya hilang dari pandangan, tiada yang boleh kembalikan senyuman aku yang dulu.
walaupun ramai yang berusaha tetapi usaha mereka sia-sia kerana aku bukan aku yang dulu.
aku berubah. demi seseorang, demi mereka, demi menjadi salah seorang dari mereka.

saat ini aku inginkan nasihat dan motivasi supaya aku boleh dapatkan kekuatan aku semula.
biar pun bukan secara keseluruhan, tetapi biar lah ia datang walaupun untuk dalam jangka masa yang sekejap.
aku inginkan kekuatan yang ada dalam diriku sebelum perkara ini terjadi.
aku sentiasa berdoa agar aku berada dalam keadaan yang baik supaya aku dapat menjadi seperti dulu.
kekuatan itu amat penting, luaran dan dalaman.
hargailah mereka yang ada di keliling anda kerana merekalah pemberi dan penambah kekuatan anda.

January 6, 2012

bab 3 - segalanya telah berakhir

salam.
hari ni ku post dalam keadaan mara sebab ku kene re-sit balik paper introcomm!
gara² ade sorang budak PR yg kononnye nak adil dengan semua org tapi menyusahkan semua org.
tghari tadi ku dapat tau yg kitorng kene re-sit paper sbb soalan bocor.
and, the best part is budak yg agtau tu lngsng ta rase bersalah!
katenye, die buat cmtu sbb nak bagi adil dekat sape² yg ta dapat soalan bocor tu.
dienye statement mmg ta bole blah. bagi alasan ta munasabah langsung!
da la tanak mintak maaf, konon ape yg die buat tu btol.
kalau btol, kenape la ta agtau sebelum start exam aritu. kitorang pon ase lega kalau die buat cmtu.
yela, kitorng pon ta prepare sgt. ni agtau lepas da anta and kene pulak re-sit s'deret ngn paper laen. azabnyeee!
serius mmg ku ta puas ati pasal benda nie. cube untuk lupekan pon ta dapat sbb memikirkan nak kena bukak blk buku tu, ngadap ayat² bombastic dlm tu. periiittt!
betol la org ckp, budak pandai nie sampai satu masa die akan jad bodoh.
memalukan diri sendiri and kelas die. pandai bole la nak re-sit².
sekian. >|

January 4, 2012

bab 2 - segalanya bermula

salam.
mintak maaf sangat². huhu. sepatutnya blog nie diupdate hari² tapi ta dapat sebab tengah sibuk dengan exam sekarang nie. haih.
aku akan cuba sedaya upaya untuk post walau sekali dalam 3 hari. hoho.
em. aku start final hari nie, baru je lepas paper introcomm. oh yeah!
paper paling azab sekali nak jawab. hahaha.
lega gile kott dah abis. muahaha.
next paper esok, paper agama (TITAS). ustazah ta bagi clue pape, so kitorang kena la baca semua. haish. =_="
untuk final nie ta semua markah full. maksudnya ade yang 40%, 60%. selebihnya tu dari assigment (carry mark)
da la aku ta tau carry mark aku brapa. KECUALI subjek major aku. tu je laa.
oh oh, sebelum aku terlupa lagi. *sengaalll~
aku amek major in advertising, masscomm. ta jauh mana pon aku tercampak, kat shah alam je. >_<
tapi tade la aku balik tiap² minggu, kalau free baru aku balik.

eh eh, merepek da. aku nak cakap sal final aku nie.
tadi, exam kat dewan Annexe. nasib baik la aku cakap ngan kila ngan yaya.
kalau ta dorang terus je g DRMM tuu. da la jauh. hahaha.
untuk sem nie aku ade 5 paper je untuk final. and, last paper aku 15hb nie. paper major pulak tu. = ="
aku harap aku dapat buat yang terbaik. hoho. nie bukan sekolah da, nie da ijazah. ta kan la aku nak main² lagikan? =)
family aku letak harapan besar kat aku. and aku pon harap aku dapat success dengan berjayanya. hee.
em. selalu² la follow blog aku nie. macam² cerita menanti. ahahaha. XD
itu saja untuk kali ini. chiow~

January 1, 2012

bab 1 - pengakhiran dan permulaan

salam.  =)
mulai hari ini, blog ini akan jadi blog aku yg lagi satu dan blog ni aku buat dalam bahasa malaysiaaa~
hoho. apa guna belajar bahasa malaysia time stpm kalau ta diaplikasikan dalam hidup. kan kan kan? XD
aku start post hari ni dan kalau aku rasa nak kongsi cerita dengan orang aku akan letak link kat muka buku.
hm. so, nak aku cerita pasal apa? hidup aku? tayah laaa. hehehe.
okehokeh. dalam blog ni semuanya pasal apa yang jadi dalam hidup aku mulai hari ini.

insyaAllah, aku akan update setiap hari dan harap korang semua enjoy baca blog nie. muahahaha.
dan untuk post yang pertama kalinya untuk blog ni aku just nak cerita pasal kehidupan 2011 aku. >_<

tahun lepas penuh dengan macam² cerita yang ta mungkin aku dapat ceritakan dalam satu post ni.
so, nak dipendekkan cerita segala benda yang berlaku kat aku dalam 2011 ni betul² bagi aku kenangan pahit dan manis. =)
tapi tu semua da jadi sejarah dan aku harap mana yang elok tu akan berulang lagi dan mana yang ta tu harap²nya ta kan berulang lagi.
banyak lagi cerita 2011 ni tapi satu post ni mana nak muat setahun punya cerita. ahaha.
dan aku harapkan, semoga tahun baru 2012 ni akan bagi aku semangat dan kekuatan baru dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan yang bakal aku hadapi. hohoho.

okeh, aku da mula merapu. hahaha.
aku pon ta tau la nak cerita apa lagi sebab baru je masuk tahun baru dan tade pape lagi yang jadi.
hahaha. *sengaaalll~ -____-"
mungkin blog ini ta macam orang lain yang penuh corak segala bagai sebab aku ta brape reti nak buat benda alah tu sume. ia simple dan hanya untuk bacaan orang ramai. =)
erk. rasa macam da lari topik je aku ni. haha. maap! memang selalunya akan jadi macam ni. XD
tapi jangan risau, ia ta kan berulang lagi. -____-

akhir kata,
s e l a m a t   d a t a n g   2 0 1 2  ! ^^,