December 22, 2014

bab 37 - imbas kembali

Mungkin ayatnya cliche tapi ianya benar
Masa begitu pantas berjalan
Tanpa disedari tahun baru sudah hendak bermula
Aku mula mengimbau semua cerita lama
Yang terjadi sepanjang tahun ini
Yang mana pahit manis disimpan rapi
Aku kadang mengenang seorang diri
Adakah aku sudah selesai mengejar segala mimpi?

Mimpi yang aku tanam sejak sedar dari realiti
Sedar akan responsibiliti
Yang aku pikul demi keluarga dan diri sendiri
Bebannya berat namun aku masih teguh berdiri
Syukur aku atas pemikiran ini
Yang jauh ke hadapan dalam apa jua situasi
Pernah aku mengalah kerana lelah
Namun tidak pernah aku mengalah kerana susah

Apa yang aku impikan akan aku capai
Bagi jadi bukti pada semua
Aku bukan sekadar remaja biasa
Yang hanya tau bermain tika belajar
Aku juga punya angan dan cita-cita
Yang akan aku kejar dan tunjuk pada semua
Bahawa aku boleh berjaya
Dengan adanya mereka
Yang dinamakan keluarga

Tunggu aku kembali lagi
Dengan mimpi yang bakal menjadi realiti

October 31, 2014

bab 36 - berubah dan perubahan

Tidak akan ada satu manusia yang tidak berubah
Tidak bermaksud berubah secara menyeluruh
Tapi pasti akan ada satu perkara yang berubah
Jangan dihalang jika seseorang tu ingin berubah
Kemungkinan perubahan yang dia mahukan punya kebaikan
Jangan pinta diri yang dulu untuk kembali
Kerana perubahan yang dilakukan adalah kerana kehendak sendiri
Takkan ada yang memahami pada mulanya
Tapi jangan engkau mudah berputus asa
Kuatkan diri jadi berani
Agar engkau tidak akan terpijak lagi

Berubah bagi mengubah diri bukanlah kesalahan
Jangan engkau anggap itu satu bebanan
Satu perubahan itu perlu sebagai jaminan
Bagi engkau mudah peroleh kejayaan
Pastinya bukan berubah ke arah keburukan
Kebaikan dan keazaman yang membawa perubahan
Jangan pernah sesali akan hasil perbuatan
Kerana engkau hanya akan nampak kesan pada masa hadapan

Diri teguh dan pijak di bumi yang nyata
Buka mata dan lihatlah dunia
Apa perlunya engkau menjaga hati
Jika hati engkau yang hancur disakiti
Biar mereka terus mengata
Kerana mereka tidak sedar apa puncanya
Engkau berubah kerana ingin berjaya

October 27, 2014

bab 35 - gerak hati itu benar

Sudah lama aku tak mendengar cerita tentangnya
Aku lega kerana aku rasa dia takkan muncul lagi
Bukan niat aku nak putuskan persahabatan
Tapi antara kau dan dia takkan pernah ada nama sahabat
Hubungan yang lama takkan boleh dipadam begitu saja
Aku sedar, aku perhati dan aku dengar

Cuba untuk tidak berkata apa
Cuba untuk diamkan sahaja
Cuba untuk membenarkan apa jua perkara

Tapi gerak hati aku benar
Dia bukan hanya ingin menjadi sahabat
Dia mahu hidupkan kembali cerita lama
Cerita yang mana sebelum kau ada aku
Namun, kau pilih untuk tak percaya
Aku tak salahkan kau
Kau berhak untuk buat keputusan sebegitu

Sehinggalah kau saksikan dan rasakan sendiri
Apa yang aku maksudkan
Apa yang aku cuba sampaikan
Aku lega kerana aku tak perlu memaksa
Aku lega kerana kau nampak akhirnya

Jadi beringatlah selalu
Gerak hati seorang perempuan itu benar

September 20, 2014

bab 34 - sesuatu yang pasti

Dingin, gelap, malap
Terjaga aku kerana takut
Takut akan perkara yang pasti jadi
Tapi entah bila akan terjadi
Belum cukup lama aku di sini
Aku takut untuk pergi
Walau aku tahu ia tetap akan terjadi

Semua perkara bermain semula
Seperti waktunya sudah tiba
Pelbagai anggapan mula muncul
Seperti ia akan benar2 berlaku
Tidak terkata aku dibuatnya
Kelu lidah seribu bahasa
Hanya berharap ianya bukan realiti

Takut aku akan sesuatu
Sesuatu yang pasti
Iaitu MATI

February 24, 2014

bab 33 - cerita baru

Lama dan jauh sudah aku tinggalkan
Tapi itu tak bermakna aku biarkan
Aku hanya tidak berpeluang
Menceritakan segala ceritera
Yang terjadi baik suka mahupun duka
Terlalu banyak yang terjadi
Tidak pasti yang mana harus dikongsi

Hanya satu yang pasti
Aku kini ibarat merpati terbang tinggi
Terlalu bahagia dengan dia di sisi
Kekadang rasa seperti mimpi
Mempunyai teman sepertinya
Yang bagi aku agak sempurna
Namun bagi dia tiadalah apa

Bertuah diri ini memilikinya
Dikejar walau hampir berputus asa
Tidak terjangka dia yang di sisi
Akan ku juga dia dengan rapi
Dengan baik sekali
Supaya tidak terlepas lagi

"Yang dekat itu sebenarnya yang memerhati."