satu ketika aku jadi gila
dek melayan hati yang terluka
luka yang ku kira dalam
yang ku biarkan terpendam
bukan sengaja ku biarkan ia terjadi
tapi lebih kepada menjaga hati
aku fikirkan selangkah ke depan
risau dan takut menjadi bahan
bukan diri ini yang aku risaukan
tapi lebih kepada keluarga
yang jauh dari mata tapi ada dalam hati
sedang aku gila meroyan
aku terfikirkan setiap perkara
segala yang terjadi ku atur
mencari apa yang membuatkkannya hancur
dalam mencari jawapan
aku terjumpa soalan
mengapa aku jadi sebegini?
ke mana diri aku selama ini?
apa yang terjadi tanpa disedari?
bukan lama aku menggila
ramai perasan tapi hanya bertanya
satu atau tidak lebih dua
soalan yang diaju bagai ingin tahu
rahsia di sebalik kegilaan aku
namun aku cepat sedarkan diri
kerana aku tahu lebih ramai disakiti
apa yang aku rasa hanya ujian
dan juga ku kira balasan
atas apa yang pernah aku lakukan
"jangan pernah berfikir menggunakan emosi. bahayanya tak terkata."